Kelayakan Piala Dunia: Bale gagal bantu Wales, Itali layak, England seri

CARDIFF, Wales 11 Sept. - Kehadiran bintang baharu Real Madrid Gareth Bale dalam barisan Wales gagal membantu pasukannya yang tunduk 0-3 kepada Serbia dalam saingan Kumpulan A kelayakan Piala Dunia pagi ini.
Itali pula menempah tempat ke Brazil 2014 selepas menewaskan Republik Czech 2-1 dalam saingan Kumpulan B.
Sementara itu, England sekadar seri tanpa jaringan dengan Ukraine, bagaimanapun mendekati peluang ke Brazil tahun depan, berbaki dua perlawanan selepas ini.
Belanda turut layak ke pusingan akhir tahun depan selepas mengalahkan Andorra 2-0 dalam saingan Kumpulan D. - Agensi
Keputusan lain
Macedonia 1 Scotland 2
Wales 0 Serbia 3
Romania 0 Turki 2
Hungary 5 Estonia 1
Andorra 0 Belanda 2
Kazakhstan 0 Sweden 1
Austria 1 Ireland 0
Kep. Faroe 0 Jerman 3
Armenia 0 Denmark 1
Malta 1 Bulgaria 2
Itali 2 Rep. Czech 1
Russia 3 Israel 1
Luxembourg 3 Ireland Utara 2
Lithuania 2 Liechtenstein 0
Greece 1 Latvia 0
Slovakia 1 Bosnia 2
San Marino 1 Poland 5
Ukraine 0 England 0
Georgia 0 Finland 1
Belarus 2 Perancis 4
Iceland 2 Albania 1
Norway 0 Switzerland 2
Cyprus 0 Slovenia 2


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11,000 syor 15 topik Bajet 2014

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 11,000 cadangan membabitkan 15 topik untuk Bajet 2014 dalam membantu beliau merangka belanjawan inspirasi rakyat.
Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding cadangan diterima untuk Bajet 2013 iaitu kira-kira 3,000.

Menerusi blog 1Malaysia semalam, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi sumbangan idea terhadap Bajet 2014.


Hargai idea diberikan

“Idea dan saranan anda amatlah dihargai untuk kerajaan merangka belanjawan yang mapan dan utuh untuk semua,” katanya.

Antara topik itu ialah kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, pembangunan ekonomi, pendidikan, keselamatan awam dan rasuah serta belia dan sukan.
Antara cadangan yang diterima adalah:
Antara cadangan untuk mengatasi kos sara hidup ialah meminta Menteri Kewangan menurunkan harga kereta, tol, petrol; menyenaraikan susu tepung dan lampin bayi sebagai barang kawalan;

Perumahan dan Kehidupan Bandar - mengawal harga rumah, tidak membenarkan penjualan rumah dalam tempoh lima tahun, pengurangan faedah pinjaman perumahan dan menaikkan imbuhan tetap perumahan penjawat awam;

Penjagaan Kesihatan - kad diskaun untuk pesakit mendapatkan rawatan haemodialisis swasta, membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin di hospital kerajaan;

Pengangkutan dan Infrastruktur - membina Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kelantan, membina Transit Aliran Ringan (LRT) di seluruh negara, menambah lorong basikal;

Ekonomi - cukai pendapatan diganti dengan cukai ke atas produk, menurunkan insurans kenderaan persendirian, warga asing perlu ada permit untuk hantar wang ke negara asal, hapuskan monopoli stesen televisyen berbayar, kurangkan tempoh bayaran balik pinjaman peribadi kepada 10 tahun, pelaburan maksimum Amanah Saham Bumiputera akaun dewasa dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM500,000;

Pendidikan - menghapuskan kos pentadbiran dan kadar faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kad diskaun petrol untuk pelajar, penempatan segera graduan pendidikan yang menganggur, biasiswa automatik kepada pelajar Ijazah Sarjana dan PhD;

Kembalikan ISA

Keselamatan Awam dan Rasuah - mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menambah aset dan kelengkapan polis, seluruh anggota Kabinet mengisytiharkan harta individu dan keluarga;

Perkhidmatan Awam - menaikkan elaun tetap perumahan dari RM180 kepada RM400, bonus tiga bulan untuk kakitangan awam dibayar secara ansuran, selaraskan kenaikan pangkat bagi semua penjawat awam bagi semua skim dan cuti belajar bergaji penuh;

Percukaian, Perniagaan dan Kewangan - menaikkan potongan cukai untuk individu, isteri dan anak, mengenakan cukai tinggi ke atas warga asing, membenarkan pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kurangkan hutang kad kredit; dan

Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak kepada RM3000 seorang dan menaikkan kadar cukai pendapatan individu untuk taksiran dari RM2,500 kepada RM5,000 sebulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Empat beranak dikebumi satu liang

gambar sebelum  gambar berikut
FotoJenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bangi-Kajang dikebumikan di Kuala Nerang, Kedah. - Foto Lim Poh Chin
Kuala Nerang: Nur Nabila Al-Husna Mohammad Tauffid hanya melihat dari jauh jenazah ibu dan tiga adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Masjid Jami’ul Khair Kampung Tong Pelu, di sini, semalam.

“Saya tak sanggup pergi dekat. Saya sedih sangat. Saya doakan roh mama dan adik dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sepanjang upacara pengebumian, anak sulung tujuh beradik berusia 10 tahun itu dilihat menangis tidak berhenti dan terpaksa ditenteramkan ibu saudaranya, Hidayah Khassim, 50.


Kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Selangor pagi kelmarin, mengorbankan guru agama, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya iaitu Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; serta Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun apabila kereta dinaiki terbabas sebelum dirempuh lori.

Berada di sekolah
Ketika kejadian, Nur Nabila berada di kelasnya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB).

“Cikgu datang dan tiba-tiba peluk saya sambil menangis. Cikgu beritahu mama dah tak ada. Saya terkejut dan terus menangis.
“Susah nak terima tapi bila nampak jenazah mama dan adik di Hospital Kajang, saya sedar mama dah tak ada,” katanya.

Nur Nabila kali terakhir bertemu ibunya ketika bersiap bersama dua adiknya, Muhammad Nabil Luqman Al-Hakim, 6, dan Nur Nidhal Al-Hanin, 4, untuk dihantar ke sekolah oleh bapa, Muhammad Tauffid Khassim, 44.

Katanya, arwah ibunya kelihatan tergesa-gesa menyediakan sarapan.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di Kampung Tanjung Luar, Pedu, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam sebelum dikebumikan pada jam 11 pagi.

Di Kajang, seorang anak mangsa, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, yang cedera parah dalam kemalangan itu, dilapor menunjukkan tanda positif selepas menerima rawatan di Hospital Kajang.

Muhammad Tauffid yang menemani anaknya itu berkata, Nabil menunjukkan reaksi lebih baik berbanding kelmarin, walaupun masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaannya lebih stabil hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARIMAU LAPAR LAGI!

 
HARIMAU LAPAR LAGI!
Ong Kim Swee (dua dari kiri) memantau anak didik pada sesi latihan terakhir sebelum bertemu Thailand malam ini.
Kuantan: Tiket ke final Pestabola Merdeka sudah dalam genggaman, tetapi Harimau Muda A tidak akan memperlahankan rentak permainan sebaliknya meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Kejohanan ini adalah sebagai persiapan untuk Sukan SEA dan perlawanan dengan Thailand ini cukup penting bagi memastikan semua pemain dapat diuji, kata ketua jurulatih, Ong Kim Swee pada sidang media, semalam.
Selepas dua perlawanan, saya hanya dapat menilai setengah daripada 25 pemain yang dibawa ke sini, jadi pertemuan dengan Thailand akan memberi peluang kepada pemain yang belum beraksi.


Pamer prestasi sama

Namun, saya tidak mahu rentak permainan yang ditetapkan keseb elasan utama sebelum ini menurun sebaliknya mengharapkan siapa pun yang diturunkan nanti mempamerkan prestasi sama atau lebih baik.

Kim Swee berkata, pemain yang tidak diturunkan sebelum ini bukan bererti mereka belum cukup bagus, tetapi dia mahu melihat keserasian di antara pemain kelab dan Harimau Muda A yang pertama kali bergandingan.

Pada perlawanan pertama menentang Singapura, saya hanya membariskan empat pemain Harimau Muda A, dan kebanyakan pemain yang masih belum beraksi adalah pemain Harimau Muda A yang sudah lama berlatih bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ainan Tasneem Kemalangan Jalan Raya





Ainan Tasneem Kemalangan Jalan Raya | Fuh!! Terkejut tadi Dr Fuh dengar berita dari rakan blogger idaman gadis malaya, siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari bahawa Ainan Tasneem kemalangan jalan raya. Lantas Dr Fuh pon apa lagi. Zassss!! Terus surfing mencari kebenaran. Ya, memang benar kata-kata bro ben tu. Ainan Tasneem telah terlibat dalam kemalangan jalan raya PADA 21 JULY 2013

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS